Apa kata Sayyidatina Fatimah az-Zahra tentang cinta?
Suatu hari Rasulullah bertanya kepada Ali ra.
R: wahai Ali, apakah kamu mencintai Allah?
A: tentu saja, Rasulullah
R: apakah engkau mencintai utusan Allah SWT?
A: tentu saja, Rasulullah
R: apakah engkau mencintai Fatimah, puteri utusan Allah SWT?
A: tentu ya Rasulullah
R: apakah engkau juga mencintai Hassan dan Husein? (cucu baginda Rasulullah)
A: tentu saja ya Rasulullah
R: kalau begitu wahai Ali, bagaimana mungkin dalam satu hati ada empat cinta? Bagaimana mungkin hati muat menampungnya?
Ali yang merupakan pintunya ilmu tak tahu harus menjawab apa dan meminta waktu memikirkannya. Sesampainya di rumah, Ali menceritakannya kepada Fatimah, isterinya.
Tersenyum, Fatimah menjawab:
Hati manusia memiliki banyak sisi dan martabat yang berbeza.
Aku mencintai Allah dengan akal dan imanku.
Mencintai Rasulullah dengan rohku, mencintai Fatimah dengan nafsuku sebagai manusia, dan mencintai Hassan dan Husein dengan fitrahku sebagai sebagai seorang ayah. Terjawab sudah pertanyaan itu.
Keesokannya, Ali sampaikan jawapan itu kepada Rasulullah. Beliau pun bersabda, "ya Ali, dari jawaban ini tercium nubuwwah. Sebagai bunga dari pohon kenabian!"
"Benar demikian, ya Rasulullah!"
Demikian, Fatimah az-Zahra menjelaskan bahawa dengan mencintai, hati takkan menyempit, malah diluaskan. (walallahua'alam bishawab)
Mampukah kita mencintai secara ikhlas lillahi ta'ala? Walau kadang tak berbalas?
Sejujurnya, aku memang dah pasang niat untuk lebih tahu sirah Rasulullah. Malu la sebagai Islam tak tahu sejarah Rasulullah, tapi boleh tahu semua tentang Michael. Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui, Dia datangkan hidayah tu melalui kak Yasmin, my inspiration.
Sebelum ni, aku penah baca yang kak Yasmin berhijab sebab Michael. Pelik kan? But it's the truth. Boleh baca kat sini. Dan Allah hantar kak Yasmin untuk aku lebih mencintai Rasulullah. Aku bersyukur sangat yang aku ambil first move untuk berhubung dengan kak Yasmin. Banyak nasihat yang dia bagi kat aku dan banyak yang aku belajar daripada pengalaman hidup dia. Semoga aku lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Hidayah itu dicari, bukan dinanti.
0 comments:
Post a Comment